Rujukan:Rujukan :
http://www.scumdoctor.com/ &
ehow,http://yang-teristimewa.blogspot.com/2010/09/bahasa-isyarat-fungsi-kepentingan.htmll
Sebagaimana yg aku telah sebutkan dalam post yang terdahulu, yang teristimewa
merupakan seorang communicators yang sangat bagus. Mereka belajar
berkomunikasi melalui ekspresi muka dan bahasa tubuh. Ianya kerana
mereka lambat bertutur so sebagai cara alternatif utk berkomunikasi
mereka selalunya menggunakan bahasa isyarat.
Fungsi
membantu ibu bapa berkomunikasi dengan yg teristimewa yg
masih belum boleh bercakap atau hanya tahu beberapa perkataan sahaja.
Isyarat yg ditunjukkan akan memudahkan ibu bapa utk memahami kehendak yang teristimewa.
Sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan kekecewaan dan kemarahan
mereka apabila apa yg dituturkan tidak difahami oleh org lain.
Pembelajaran
Ibu bapa @ penjaga boleh mempelajarinya melalui buku2,
laman web,
software ataupun video. Dalam post saya yg lepas, saya ada ceritakan
tentang DVD Talking Hands yg boleh membantu kita mempelajari bahasa
isyarat . Rujuk
sini ye..
Bila boleh mula??
Lagi awal lagi baik.. Lagi selalu dipraktiskan lagi cepat yang teristimewa dapat memahami dan mengikutinya.
Kelebihan
1) Yang teristimewa dapat belajar berkomunikasi dengan lebih cepat dengan pengenalan yg awal (bulan2 pertama kelahiran)
2) Membina ikatan yg lebih erat antara ibu bapa dgn yang teristimewa.
3) Membantu membina ‘eye contact’ dan meningkatkan tumpuan terhadap yang teristimewa.
4) yang teristimewa dapat mengaitkan suatu perkataan dengan maksudnya
5) yang teristimewa dapat memberi respon yg lebih baik dan meningkatkan perhatian yg membantu mereka mempelajari perkataan tersebut
Bagaimana caranya ?
1) mula dengan beberapa perkataan yg penting dan mudah seperti makan,
minum, terima kasih dan sentiasa diulang2 sebanyak mungkin sehingga yang teristimewa dapat mengaitkan perkataan tersebut dengan isyaratnya
2) pastikan yang teristimewa sentiasa menumpukan perhatian semasa kalian menunjukkan isyarat tersebut
3) bercakap @ menyebut perkataan tersebut. Bercakap dengan bahasa yg sangat mudah difahami dan ringkas.
4) Buat ekspresi muka yg sesuai dengan isyarat yg diberikan supaya yg teristimewa lebih mudah faham
5) Jgn putus asa dan jgn memaksa jika yg teristimewa tidak memberikan
sebarang respon. Jika perlu, pegang tangan yg teristimewa dan
gerakkannya mengikut perkataan yg diajar dengan lembut
Ramai ibu bapa yg mempunyai anak yang teristimewa gusar untuk menggunakan bahasa isyarat kerana bimbang yang teristimewa mereka terus2an tidak mahu bertutur lagi Namun kajian yg dilakukan menunjukkan sebaliknya. Di dapati apabila yang teristimewa mula bertutur mereka semakin kurang menggunakan gerakan tangan dan juga isyarat.
Mengajar & memperkenalkan bahasa isyarat kepada yg teristimewa sgt
memerlukan kesabaran dan sukar untuk mengekalkannya namun hasilnya,
InsyaAllah sangat2 menggembirakan hati kita.. Jadi, apa lagi..marila
start (sebenarnya nak ingatkan diri sendiri ni..hehe..)