Salam


Monday, May 20, 2013

hari belia negara,

Dengan menyertai persatuan, golongan belia boleh mendekat dan melibatkan diri dalam pelbagai bentuk aktiviti seperti sukan, kebudayaan dan juga khidmat kemasyarakatan. Pertubuhan belia yang aktif akan sentiasa mencari jalan mengisi masa dengan pelbagai agenda berfaedah.

Belia mesti berusaha mengelak sebarang pengaruh tidak sihat yang mengitari hidup mereka seharian. Dadah, jenayah, melepak dan pelbagai salah laku lain mesti dihindari supaya masa depan mereka cemerlang. Negara akan mengalami kerugian besar jika golongan belia terjerat dalam pelbagai salah laku sosial.

Dalam pada itu, golongan belia mesti mengamalkan nilai-nila murni agar mereka ampuh dalam menempuh cabaran hidup pada zaman moden ini. Mengamalkan gaya hidup sihat di samping menekankan sahsiah diri yang positif akan menjamin masa depan mereka yang cemerlang dan bebas daripada sebarang pengaruh negatif.

Belia mesti mempunyai wawasan, bertanggungjawab, mencintai negara, menghormati undang-undang dan yang paling penting berusaha sedaya-upaya memajukan negara. Tanpa cita-cita dan harapan tersebut, negara sukar mencapai wawasan yang dicita-citakan. Pengorbanan belia sangat diharapkan oleh negara seperti negara kita.

Golongan belia tidak ubah seperti tiang dan harapan negara. Di bahu mereka terpikul satu tanggungjawab berat untuk memacu negara ke arah pembangunan. Mereka perlu membentuk jati diri yang mantap dan memikul cabaran negara untuk menuju kejayaan.

No comments:

Post a Comment