Cabaran
pendidikan "generasi teknologi".
Dalam
meniti arus kemodenan teknologi, ibubapa menggalas amanat serta tanggungjawab
yang besar dalam menghadapi cabaran untuk
mendidik "generasi teknologi". Kemasukan maklumat dan anasir
negetif yang tidak terkawal merupakan salah satu cabaran yang perlu
dititikberatkan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak. Bertepatan dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia tahun 2013 hingga tahun 2025, menyenaraikan
empat sarana ibubapa termasuk menyediakan tempat dan suasana pembelajaran di
rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan
terhadap kecemerlangan anak. Ibubapa harus amanah mendidik anak-anak dalam
usaha untuk membentuk modal insan yang berkualiti.
Jangan
mengongkong anak-anak.
Memang tidak dapat dinafikan,
ibubapa sememangnya mempunyai perasaan risau terhadap kegiatan luar
anak-anak mereka. Kasih-sayang ibubapa
ini diibaratkan bagai menatang minyak yang penuh. Ibubapa sering mengawal
dengan ketat setiap gerak-geri anak-anak sehinggakan menyebabkan anak merasa
diri mereka dikongkong. Sebagai contoh, terdapat segelintir ibubapa yang tidak
membenarkan anak menjalankan aktiviti luar seperti membeli-belah bersama rakan
dan melarang anak mereka bergaul dengan rakan berlainan jantina bagi
menggelakkan pergaulan bebas dan gejala sosial. Sepatutnya ibubapa perlu
memberi kepercayaan kepada anak untuk menentukan arah hidup mereka dengan
memberi anak pilihan untuk melakukan aktiviti yang dapat mematangkan fikiran
anak , dalam pada yang sama ibubapa boleh menegur dan memberi nasihat jika anak
melakukan kesilapan.
Berbeza
pula dengan ibubapa yang mengongkong melalui cara penetapan jadual harian
anak-anak. Bukanlah menjadi kesalahan jika ibubapa ingin mengatur jadual
harian, tetapi ibubapa perlu untuk tidak membataskan kelebihan anak-anak hanya
kerana ingin memenuhi kepuasan dan keinginan ibubapa. Ibubapa yang ingin
melihat anak mereka mahir bermain alat muzik untuk menceburi dunia hiburan akan
menghantar anak mereka menghadiri kelas bermain alat muzik setiap minggu.
Ibubapa menggangap dengan cara penetapan jadual harian dapat memberi kelebihan
kepada anak melalui nilai estetika bermain alat muzik. Sebaliknya tanpa
disedari anak mereka tidak minat untuk melakukan aktiviti bermain alat muzik.
Jika diteliti jadual pembelajaran anak amat padat ditambah pula dengan
penetapan jadual yang dilakukan ibubapa boleh menyebabkan anak berasa letih dan
mendatangkan tekanan. Sebagai penyelesaian, ibubapa boleh mengatur jadual harian
anak tetapi perlulah mencari titik kekuatan anak untuk diketengahkan samada
bidang keusahawanan, sukan, akademik serta bidang-bidang lain dan juga
mengambil kira faktor jadual pembelajaran anak yang sedia ada seperti
menetapkan aktiviti tambahan seminggu sekali.
Dekati hati
anak-anak.
Ibubapa
hendaklah meletakkan diri mereka sebagai "kawan" kepada anak bagi
menggambarkan keakraban hubungan antara anak dan ibubapa. Cuba untuk mendekati
anak dengan berkomunikasi dan berbual bagi memahami dan mengetahui kemahuan dan
kehendak anak-anak. Dengan wujudnya perasaan sebegini, anak akan berasa selesa
untuk berkongsi cerita dan mengadu kepada ibubapa jika berlaku sebarang
masalah. Apabila ibubapa jauh daripasd anak-anak boleh memberi kesan dengan
mendorong anak untuk memberontak dan melakukan tindakan di luar jangkauan
seperti melarikan diri daripada rumah. Anak akan merasa ibubapa sentiasa
menyokong dari belakang melalui motivasi yang berguna dan secara tidak langsung
keyakinan diri anak meningkat disamping dapat membina sahsiah jati diri yang
kuat dan cekal seterusnya menangkis perkara negetif yang boleh menyumbang
kepada keruntuhan moral.
Tunjukkan
teladan yang baik kepada anak.
Pada
peringkat usia anak antara dua hingga enam tahun, anak mudah meniru kelakuan orang
dewasa. Minda anak lebih cenderung melihat dan mencuba reaksi ibubapa. Bak kata
pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Ibubapa perlulah
menunjukan contoh yang baik kepada anak. Pada zaman sekarang,ibubapa sibuk
bekerja pagi dan petang dan tiada masa untuk meluangkan masa bersama anak.
Luangkan masa bersama keluarga di hujung minggu dengan melakukan aktiviti
kekeluargaan seperti membantu dalam penyediaan makanan dan memasak bersama anak
serta makan sekeluarga. Melalui aktiviti kekeluargaan dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim dan anak berasa diri mereka dihargai. Apabila anak merasa
diri mereka dihargai mereka akan menuruti dan patuh kepada nasihat ibubapa.
No comments:
Post a Comment