Salam


Friday, May 31, 2013

kucing

Rujukan:http://blogr.my/go/29764/15-haiwan-paling-comel-yang-hampir-pupus-di-seluruh-dunia-kfein.html


Sand cats (kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.

aksi kucing comel yang lucu
http://www.youtube.com/watch?v=fSVfP6ByrFI




p/s:kucing ni haiwan comel ,anugerah ciptaan Allah,tgk muka kucing kat atas ni geram btol..kdg2 leh hilang tension tgk aksi nyaSedih slps kehilangan kucing merah namanya, mak ak bg name sbb warna nya seakan-akan merah,sob2..Moga dpt kucing yg lg comel n manja lps ni.

Bahasa isyarat penting



Rujukan:Rujukan : http://www.scumdoctor.com/  & ehow,http://yang-teristimewa.blogspot.com/2010/09/bahasa-isyarat-fungsi-kepentingan.htmll
Sebagaimana yg aku telah sebutkan dalam post yang terdahulu, yang teristimewa merupakan seorang communicators yang sangat bagus. Mereka belajar berkomunikasi melalui ekspresi muka dan bahasa tubuh. Ianya kerana mereka lambat bertutur so sebagai cara alternatif utk berkomunikasi mereka selalunya menggunakan bahasa isyarat.
Fungsi
membantu ibu bapa berkomunikasi dengan yg teristimewa yg masih belum boleh bercakap atau hanya tahu beberapa perkataan sahaja. Isyarat yg ditunjukkan akan memudahkan ibu bapa utk memahami kehendak yang teristimewa. Sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan kekecewaan dan kemarahan mereka apabila apa yg dituturkan tidak difahami oleh org lain.
Pembelajaran
Ibu bapa @ penjaga boleh mempelajarinya melalui buku2, laman web, software ataupun video. Dalam post saya yg lepas, saya ada ceritakan tentang DVD Talking Hands yg boleh membantu kita mempelajari bahasa isyarat . Rujuk sini ye..
Bila boleh mula??
Lagi awal lagi baik.. Lagi selalu dipraktiskan lagi cepat yang teristimewa dapat memahami dan mengikutinya.
Kelebihan
1) Yang teristimewa dapat belajar berkomunikasi dengan lebih cepat dengan pengenalan yg awal (bulan2 pertama kelahiran)
2) Membina ikatan yg lebih erat antara ibu bapa dgn yang teristimewa.
3) Membantu membina ‘eye contact’ dan meningkatkan tumpuan terhadap yang teristimewa.
4) yang teristimewa dapat mengaitkan suatu perkataan dengan maksudnya
5) yang teristimewa dapat memberi respon yg lebih baik dan meningkatkan perhatian yg membantu mereka mempelajari perkataan tersebut
Bagaimana caranya ?
1) mula dengan beberapa perkataan yg penting dan mudah seperti makan, minum, terima kasih dan sentiasa diulang2 sebanyak mungkin sehingga yang teristimewa dapat mengaitkan perkataan tersebut dengan isyaratnya
2) pastikan yang teristimewa sentiasa menumpukan perhatian semasa kalian menunjukkan isyarat tersebut
3) bercakap @ menyebut perkataan tersebut. Bercakap dengan bahasa yg sangat mudah difahami dan ringkas.
4) Buat ekspresi muka yg sesuai dengan isyarat yg diberikan supaya yg teristimewa lebih mudah faham
5) Jgn putus asa dan jgn memaksa jika yg teristimewa tidak memberikan sebarang respon. Jika perlu, pegang tangan yg teristimewa dan gerakkannya mengikut perkataan yg diajar dengan lembut
Ramai ibu bapa yg mempunyai anak yang teristimewa gusar untuk menggunakan bahasa isyarat kerana bimbang yang teristimewa mereka terus2an tidak mahu bertutur lagi Namun kajian yg dilakukan menunjukkan sebaliknya. Di dapati apabila yang teristimewa mula bertutur mereka semakin kurang menggunakan gerakan tangan dan juga isyarat.
Mengajar & memperkenalkan bahasa isyarat kepada yg teristimewa sgt memerlukan kesabaran dan sukar untuk mengekalkannya namun hasilnya, InsyaAllah sangat2 menggembirakan hati kita.. Jadi, apa lagi..marila start (sebenarnya nak ingatkan diri sendiri ni..hehe..)

konvensyen radio amatur


 Rujukan:http://bincang.net/forum/showthread.php?99517-Jom-Belajar-Radio-Amatur

BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA
Apakah itu Radio Amatur?
Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur
(dipetik dari risalah MCMC)

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.

Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.


Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.


Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!




A - Alpha
B - Bravo
C - Charlie
D - Delta
E - Echo
F - Foxtrot
G - Golf
H - Hotel
I - India
J - Juliet
K - Kilo
L - Lima
M - Mike
N - November
O - Oscar
P - Papa
Q - Quebec
R - Romeo
S - Sierra
T - Tango
U - Uniform
V - Victor
W - Whiskey
X - X-Ray
Y - Yankee
Z - Zulu



p/s: rasa macam menarik untuk dipelajari, ingat dulu2 zaman pengakap ada guna gak alphabet kat atas 2, tp xthu plak byk function dy..hope i will take opportunity to get it.huhu
 

Thursday, May 30, 2013

colourful fointain




 http://land.allears.net/blogs/dnews/2010/06/a_world_of_colorful_facts_figu_1.html

History
  • Initial planning for “World of Color” began in July 2005. Even before the ambitious expansion plan was announced for Disney California Adventure park, the Disneyland Resort leadership wanted to add a one-of-a-kind, new attraction to the Disney California Adventure experience.
  • It was a five-year process, from planning to launch. A variety of concepts – rides as well as shows – were considered for the Paradise Bay lagoon during the initial brainstorming.
  • “World of Color” was conceived as a kind of “living ‘Fantasia,’” using music, animation, color, light and water to involve the audience in an exciting, whimsical and moving journey of storytelling.
  • The “World of Color” creative team, led by Walt Disney Imagineering Creative Entertainment, believed it was important to execute the show on a massive scale. After looking at existing fountain/water shows – many of them very spectacular – the cast members concluded that, in the words of Walt Disney, “It’s kind of fun to do the impossible.”
  • Team members were told they couldn’t have fountains with multiple heads or moving heads. They created them.
  • Team members were told they couldn’t create color and light in fountains. They found ways.
  • Team members were told they couldn’t project images on water if it was not a water screen. They went beyond creating a “movie screen” on water – developing a show in which water, light and color become the characters, on a screen so versatile that it might be 100 feet, 200 feet or 380 feet wide at any given time.

klcc

http://www.youtube.com/watch?v=bCEyptaAn7k&feature=endscreen&NR=1

  setia city mall
http://www.youtube.com/watch?v=P_J1wAXlphU


pancuran air berwarna warni ini sangat menarik dan boleh menjadi tarikan pelancong. selain itu teknologi yang diguna pakai dalam pembuatan nya boleh dibanggkan setanding di negara maju yang len

feedback sambutan hari belia



Sambutan Jutaan Belia
                Hari Belia Negara pada 15 Mei menjadi satu acara tahunan bermula dari tahun 2010. Pada edisi kali ketiga ini memberi pendekatan kepada pameran tenaga, pasaran belia terbesar, penampilan yang baru serta penerapan semangat patriotik yang penuh dengan rasa kecintaan kepada negara. Ianya bertujuan memberi ruang dan peluang kepada belia mengekspresikan diri mereka melalui saluan yang betul dan menguji kebolehan serta semangat belia untul bersaing di pentas dunia yang mencabar. Antara konsep yang diketengahkan pada acara ini ialah meningkatkan potensi diri, melestari kreativiti dan inovasi serta memartabatkan perpaduan dan jati diri. Pada kali ini tema " Jutaan peluang, ribuan keriangan" dipilah sebagai simbolik supaya dapat menjadi pemangkin kepada hala tuju golongan belia menghadapi cabaran masa hadapan.


Cabaran pendidikan "generasi teknologi".



Cabaran pendidikan "generasi teknologi".
            Dalam meniti arus kemodenan teknologi, ibubapa menggalas amanat serta tanggungjawab yang besar dalam menghadapi cabaran untuk  mendidik "generasi teknologi". Kemasukan maklumat dan anasir negetif yang tidak terkawal merupakan salah satu cabaran yang perlu dititikberatkan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak. Bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tahun 2013 hingga tahun 2025, menyenaraikan empat sarana ibubapa termasuk menyediakan tempat dan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Ibubapa harus amanah mendidik anak-anak dalam usaha untuk membentuk modal insan yang berkualiti.
Jangan mengongkong anak-anak.
                        Memang tidak dapat dinafikan, ibubapa sememangnya mempunyai perasaan risau terhadap kegiatan luar anak-anak  mereka. Kasih-sayang ibubapa ini diibaratkan bagai menatang minyak yang penuh. Ibubapa sering mengawal dengan ketat setiap gerak-geri anak-anak sehinggakan menyebabkan anak merasa diri mereka dikongkong. Sebagai contoh, terdapat segelintir ibubapa yang tidak membenarkan anak menjalankan aktiviti luar seperti membeli-belah bersama rakan dan melarang anak mereka bergaul dengan rakan berlainan jantina bagi menggelakkan pergaulan bebas dan gejala sosial. Sepatutnya ibubapa perlu memberi kepercayaan kepada anak untuk menentukan arah hidup mereka dengan memberi anak pilihan untuk melakukan aktiviti yang dapat mematangkan fikiran anak , dalam pada yang sama ibubapa boleh menegur dan memberi nasihat jika anak melakukan kesilapan.
                        Berbeza pula dengan ibubapa yang mengongkong melalui cara penetapan jadual harian anak-anak. Bukanlah menjadi kesalahan jika ibubapa ingin mengatur jadual harian, tetapi ibubapa perlu untuk tidak membataskan kelebihan anak-anak hanya kerana ingin memenuhi kepuasan dan keinginan ibubapa. Ibubapa yang ingin melihat anak mereka mahir bermain alat muzik untuk menceburi dunia hiburan akan menghantar anak mereka menghadiri kelas bermain alat muzik setiap minggu. Ibubapa menggangap dengan cara penetapan jadual harian dapat memberi kelebihan kepada anak melalui nilai estetika bermain alat muzik. Sebaliknya tanpa disedari anak mereka tidak minat untuk melakukan aktiviti bermain alat muzik. Jika diteliti jadual pembelajaran anak amat padat ditambah pula dengan penetapan jadual yang dilakukan ibubapa boleh menyebabkan anak berasa letih dan mendatangkan tekanan. Sebagai penyelesaian, ibubapa boleh mengatur jadual harian anak tetapi perlulah mencari titik kekuatan anak untuk diketengahkan samada bidang keusahawanan, sukan, akademik serta bidang-bidang lain dan juga mengambil kira faktor jadual pembelajaran anak yang sedia ada seperti menetapkan aktiviti tambahan seminggu sekali.
Dekati hati anak-anak.
            Ibubapa hendaklah meletakkan diri mereka sebagai "kawan" kepada anak bagi menggambarkan keakraban hubungan antara anak dan ibubapa. Cuba untuk mendekati anak dengan berkomunikasi dan berbual bagi memahami dan mengetahui kemahuan dan kehendak anak-anak. Dengan wujudnya perasaan sebegini, anak akan berasa selesa untuk berkongsi cerita dan mengadu kepada ibubapa jika berlaku sebarang masalah. Apabila ibubapa jauh daripasd anak-anak boleh memberi kesan dengan mendorong anak untuk memberontak dan melakukan tindakan di luar jangkauan seperti melarikan diri daripada rumah. Anak akan merasa ibubapa sentiasa menyokong dari belakang melalui motivasi yang berguna dan secara tidak langsung keyakinan diri anak meningkat disamping dapat membina sahsiah jati diri yang kuat dan cekal seterusnya menangkis perkara negetif yang boleh menyumbang kepada keruntuhan moral.
Tunjukkan teladan yang baik kepada anak.
            Pada peringkat usia anak antara dua hingga enam tahun, anak mudah meniru kelakuan orang dewasa. Minda anak lebih cenderung melihat dan mencuba reaksi ibubapa. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Ibubapa perlulah menunjukan contoh yang baik kepada anak. Pada zaman sekarang,ibubapa sibuk bekerja pagi dan petang dan tiada masa untuk meluangkan masa bersama anak. Luangkan masa bersama keluarga di hujung minggu dengan melakukan aktiviti kekeluargaan seperti membantu dalam penyediaan makanan dan memasak bersama anak serta makan sekeluarga. Melalui aktiviti kekeluargaan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan anak berasa diri mereka dihargai. Apabila anak merasa diri mereka dihargai mereka akan menuruti dan patuh kepada nasihat ibubapa. 

Monday, May 20, 2013

aku yang dulu bukannya sekarang




Tegar - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang (New Version)
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untukku semua
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah
Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
 
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya
 
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untukku semua

hari belia negara,

Dengan menyertai persatuan, golongan belia boleh mendekat dan melibatkan diri dalam pelbagai bentuk aktiviti seperti sukan, kebudayaan dan juga khidmat kemasyarakatan. Pertubuhan belia yang aktif akan sentiasa mencari jalan mengisi masa dengan pelbagai agenda berfaedah.

Belia mesti berusaha mengelak sebarang pengaruh tidak sihat yang mengitari hidup mereka seharian. Dadah, jenayah, melepak dan pelbagai salah laku lain mesti dihindari supaya masa depan mereka cemerlang. Negara akan mengalami kerugian besar jika golongan belia terjerat dalam pelbagai salah laku sosial.

Dalam pada itu, golongan belia mesti mengamalkan nilai-nila murni agar mereka ampuh dalam menempuh cabaran hidup pada zaman moden ini. Mengamalkan gaya hidup sihat di samping menekankan sahsiah diri yang positif akan menjamin masa depan mereka yang cemerlang dan bebas daripada sebarang pengaruh negatif.

Belia mesti mempunyai wawasan, bertanggungjawab, mencintai negara, menghormati undang-undang dan yang paling penting berusaha sedaya-upaya memajukan negara. Tanpa cita-cita dan harapan tersebut, negara sukar mencapai wawasan yang dicita-citakan. Pengorbanan belia sangat diharapkan oleh negara seperti negara kita.

Golongan belia tidak ubah seperti tiang dan harapan negara. Di bahu mereka terpikul satu tanggungjawab berat untuk memacu negara ke arah pembangunan. Mereka perlu membentuk jati diri yang mantap dan memikul cabaran negara untuk menuju kejayaan.

Tuesday, April 23, 2013

Riwayat At-Tabrani

 Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur
  (Surah An-Nahl 16: Ayat ke 78)



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat."